BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, March 13, 2012

Memelihara Iman


"Kerana itu marilah kita menghadap Allah dengan hati yang tulus,ikhlas dan keyakinan iman yang teguh,oleh kerana hati kita telah dibersihkan dari hati nurani yang jahat dan tubuh kita telah dibasuh dengan air yang murni”.Ibrani 10:22

Setiap orang Kristen pasti memiliki iman.Seperti halnya dengan tanaman,iman perlu di pelihara dan dirawat.Sebab bila iman dibiarkan merana tanpa pemeliharaan,ia akan menjadi iman yang lemah .Kehidupan yang amat mencabar ketika ini,membutuhkan setiap orang memiliki iman yang teguh.Tentangan dan penderitaan datang silih berganti;demikian juga rayuan rayuan dari kemewahan dan keindahan dunia ini ,selalu menggoda dan mengoyah iman kita.Banyak bukti yang kita lihat dan tidak mampu di atasi,ramai orang yang berhasil tanpa melalui jalan yang benar dan mengangap iman adalah kata-kata kosong dan bodoh.Apakah sikap kita demikian..?Jawabannya sudah tentu tidak.Kerana itu kita harus memiliki iman yang teguh untukmenghadapi semua ini.

Firman Tuhan ada mengatakan: “Marilah kita teguh berpegang pada pengakuan tentang pengharapan kita,sebab Ia yang menjanjikanya,setia..”.Ibrani 10:23.

Dengan iman yang teguh,kita tidak perlu takut dengan sebarang kemungkinan yang menimpa kita seperti kemalangan,penganiayaan dan penderitaan sebab dengan adanya iman kita menampah harapan dalam kehidupan kekal..Jika kita tidak memiliki iman yang teguh atau langsung tidak memiliki iman,pasti kita hidup tanpa harapan dan hidup kita sentiasa ada tanda Tanya tentang pengharapan untuk hari esok.

Hari demi hari kehidupan tanpa harapan,kita hanya mampu memikirkan ,bagaimana menyelamatkan diri sendiri dalam menghadapi badai dan ombak yang menyerang silih berganti.Jelas sekali kehidupan seperti ini tidak mampu melihat terang Allah yang di sediakanNya bagi orang beriman..Kerana iman kita ada pengharapan dan dengan pengharapan membenarkan kita bekerja lebih tekun mencapai kehendakNya.Amen..

**Ketekunan menimbulkan tahan uji dan tahan uji menimbulkan pengharapan**

Wednesday, July 14, 2010

Pelajaran Mengenai Yudas Iskoriot

Yudas iskoriot di dalam Alkitab adalah salah seorang daripada ke dua belas murid Tuhan Yesus yang bersama-sama dengan Dia.Tatakala tiba waktunya iblis merasuki dan mengeraskan hatinya,dia telah menjual Yesus hanya demi beberapa keping perak sehingga Yesus disalibkan dan mati untuk menebus dosa dunia nyata daripada apa yang dinubuatkan dalam Alkitab...

Berdasarkan pengajaran mengenai yudas zaman ini,terlalu ramai jemaat Tuhan yang selama ini giat dalam pelayanan di gereja mahupun diluar gereja memiliki sifat dan sikap seperti Yudas.Contohnya dikalangan pemuda-pemudi yang tidak kurang terjerat dalam pencobaan iblis sehingga mereka menjual keimanan mereka kepada kepercayaan allah-allah lain.Tidak kurang pula yang terjerat dengan cinta yang jahat bahkan melebihi batas-batas kerohanian sehingga memaksa mereka melepaskan kepercayaan didalam Kristus dan mengikuti agama lain..

Kelicikan Iblis seperti singa yang mengaum mencari mangsa dan membahamnya.Jika kita tidak berhati-hati kita akan diterkamnya sehingga iman kita didalam Kristus susah untuk diubati dan mati.Percayalah dan tetaplah berdoa..pasti Tuhan melindungi kita melalui Roh KudusNya yang sentiasa membimbing dan menasihati hati kita..

Tuesday, March 2, 2010

Terima keselamatan…

“Jangan Terlambat”… Kita perlu bersyukur kerana Tuhan masih memberi kita kesempatan untuk bertobat dan menerima Tuhan yesus sebagai jalan keselamatan.Tapi masa yang Tuhan berikan ini jangan kita Persia-siakan kerana kita tidak tahu,bilakah Tuhan mengambil nyawa kita..Mari kita sama-sama belajar dalam Firman Tuhan mengenai kisah seorang kaya dan seorang miskin bernama Lazarus ( Lukas 16:19-31 )..

Dalam kisah ini,kita dapat belajar kemanakah arah hidup kita selapas mati..Mengikut kisah ini,orang kaya ini terlambat bertobat dan menerima jaminan keselamatan..sehingga setelah mati ia masuk neraka yang amat mengerikan..Manakala lazarus yang begitu miskin,sangsara dan terhina ketika di dunia mendapat tempat istimewa di mata Tuhan..Selagi kita masih hidup didunia ini,sebenarnya adalah kesempatan untuk kita bertobat,menerima jaminan keselamatan,berbuat baik dan menyelamatkan jiwa yang masih terhilang.

Hidup kita di dunia ini hanya sementara dan jaminan keselamatan kekal hanya “One Way”didalam Tuhan Yesus..( Yohanes 14:6, Yohanes 3:16 ).Yesus satu-satunya jalan menuju keselamatan kekal..Tanpa melalui Tuhan Yesus dan menerima Dia sebagai juru selamat peribadi,kita tidak akan masuk syurga..Tuhan Yesus telah menawarkan kasihNya dengan darah demi menebus dosa kita supaya kita tidak binasa,melainkan beroleh hidup yang kekal…

“ SUDAHKAH ANDA MENERIMA YESUS SEBAGAI JURUSELAMAT ANDA???”
“ INGAT!!! JANGAN TERLAMBAT..”

Wednesday, November 11, 2009

Bergaul Dengan Allah..

Apakah ertinya bergaul dengan Allah?..dan bagaimana cara kita bergaul dengan Allah..?Seperti seorang anak yang sentiasa rindukan ayahnya, bergaul dengan ayahnya,berkomunikasi,belajar dari ayah begitulah juga dengan pengertian ayat ini kita sentiasa perlu bergaul dengan Allah supaya kasih,pengertian dan hubungan itu sentiasa ada dengan berdoa,membaca dan belajar Firman Tuhan serta mengikutiNya..

Pergaulan erat dengan Allah membuat hati kita sentiasa rasa tenang kerana Tuhan dekat dengan kita..Roh kudus yang Tuhan telah janjikan sentiasa berkomunikasi dalam hati kita setiap waktu,membimbing dan berfirman dalam hati kita..Berkat ini sentiasa di rasai apabila kita tetap dekat dengan Tuhan.

Tubuh kita adalah rumah Tuhan dimana FirmanNya tinggal tetap...jadi..? apa kah kita mahu mencemarkan tubuh kita sebagai Rumah Tuhan.?Rumah Tuhan perlu penuh dengan doa dan Firman Allah supaya kita tetap teguh dan kuat di dalam Tuhan.."Kuduslah kamu, sebab Aku kudus"itulah Firman Tuhan..

Kita tidak pernah takut apabila kita sentiasa berkomunikasi dengan Allah kerana Tuhan membimbing kita dengan penuh kuasa..Ini lah sikap yang perlu ada bagi semua jemaat kristian supaya melayani Tuhan dengan berhasil..pelayanan tidak akan berhasil apabila hubungan kita dengan Allah jauh bahkan ini membahayakan iman kita dan lantas itu melemahkan keimanan kita..sebab itu ramai pelayan Tuhan lemah dan tidak kurang dari mereka jatuh di dalam dosa..

Hiduplah sebagai orang kristian yang sentiasa memiliki hubungan yang erat dengan Tuhan..Amen..

Monday, October 12, 2009

Kesaksianku dari sentuhan Roh Kudus


Shallom..! Saudara saudari yang ku kasihi dalam Tuhan Yesus Kristus..Hari ini saya mahu menyatakan sesuatu berkat dari pelayanan Roh Kudus baru-baru ini dan ini mengerakkan hati saya kembali melayani Tuhan dengan meminta Roh Kudus membimbing saya.

Baru-baru ini lima hari sebelum 27hb sept 2009,saya menerima mesej didalam hati saya dengan satu persoalan yang tidak mampu saya jawab..Pada hari pertama saya tidak mengambil kisah mengenainya kerana ku mengangap ianya perasaan saja..hari demi hari,waktu demi waktu,mesej itu sentiasa membakar hati saya sehingga saya menyatakan persoalan itu di internet..Ia adalah satu soalan yang amat berkuasa tak mampu ku berikan jawaban..Tahukah saudaraku apa pertanyaan itu??Ini pertanyaanNya:

BERAPAKAH JIWA YANG ANDA BAWA PADAKU TAHUN INI??

Persoalan ini telah mempengaruhi perasaanku dengan penuh kesedihan sepanjang waktu itu.Ku amat percaya itu adalah mesej dari Tuhan lewat Roh Kudus namun aku tetap bertahan terhadap kuasa tekanan mesej itu..Tahukah saudara apa yang Roh Kudus lakukan untuk menghibur saya??

Pada pagi 30hb.sept 2009,di hostel 10 minit perjalanan ke tempat kerja saya,sebelum kerja,saya ada hati membuka komputer saya dan memainkan lagu Rohani Live (Hillsong) berjudul "WITH ALL I AM"..Tahukah saudara dengan tiba-tiba air mata saya mengalir..saya menangis bukan bererti saya sedih tapi Roh Kudus membalai hati saya,dan menghibur saya..Saya terpaksa juga melangkahkan kaki ketempat kerja walaupun saya masih menangis,ku cuba mengelak airmata saya di lihat oleh teman kerjaku.Oleh kerana mata sudah merah terpaksa ambil cuti setengah hari..

Ku tetap menangis sehingga sampai di rumah rindu memainkan lagi lagu itu dengan airmata berlinangan dipipi.Saya tidak pernah mendapat sentuhan seperti itu selama ini.Ku amat bersyukur kepada Tuhan kerana menghiburku...

Pada waktu itu banyak mesej dari Roh Kudus dinyatakan padaku lewat keluarga,Gereja,doa-doa dari hamba Tuhan terhadap saya,pelayanan musik yang pernahku tinggalkan,ketika saat pembaptisan dengan janji saya dan semuanya saya amat bersyukur kepada Tuhan kerana Roh Kudus mengingatkan saya semua ini..Puji Tuhan.

Apa yang pernah saya terima dari sentuhan Roh Kudus ini..Ku nyatakan disini dengan harapan saudara saudari juga turut diberkati dengan pimpinan Roh Kudus...Hanya satu yang perlu saya ingatkan..Yesus berkata," AKULAH JALAN KEBENARAN DAN HIDUP,TIDAK ADA SEORANG PUN YANG DATANG KEPADA BAPA KALAU TIDAK MELALUI AKU"Amen!

Sunday, October 4, 2009

Pengenalan

Saya mengangkatkan Pujian dan Syukur kepada Tuhan yang kita kenal dalam Tuhan Yesus Kristus kerana melelui pimpinan dan bisikan Roh Kudus saya memberanikan diri menyatakan berkat dan kuasa pelayanan Roh Kudus dalam kehidupan saya.

Sebagai seorang hamba Tuhan yang hanya menumpang di dumia ini,saya bukanlah seorang yang berpendidikan tinggi,ada nama dan kuasa kerana dalam firman Tuhan tiada mengatakan itu adalah syarat untuk melayani Tuhan dan jaminan untuk menjadi sebahagian daripada keluarga dalam kerajaan Surga.Saya hanya memiliki sebuah hati yang amat percaya bahawa jalan keselamatan hanya dalam Tuhan Yesus Kristus..

Saya amat percaya bahawa ramai anak-anak Tuhan yang dahulunya aktif dalam pelayanan dan sekarang semakin jauh bahkan ada yang langsung tidak takut akan Allah..Ada pula yang bertumbuh dan berbuah dalam pelayanan.

Melelui pelayanan blog yang sederhana ini,saya harap dapat membantu gereja kita lebih efektif lagi dalam apa saja bentuk pelayanan.Sekiranya anda melawat blog ini, sama ada anda sudah mengenal atau telahpun menerima Tuhan Yesus sebagai Juruselamat anda,komen dan pertanyaan anda amat saya galakkan.

Tuhan Yesus mengasihi dunia ini dengan kasih yang tidak ternilai harganya.Begitu juga saya membina blog ini hanya dengan satu alasan kerana mengasihi anda didalam nama Allah Bapa,Anak dan Roh Kudus..Amen.