BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, November 11, 2009

Bergaul Dengan Allah..

Apakah ertinya bergaul dengan Allah?..dan bagaimana cara kita bergaul dengan Allah..?Seperti seorang anak yang sentiasa rindukan ayahnya, bergaul dengan ayahnya,berkomunikasi,belajar dari ayah begitulah juga dengan pengertian ayat ini kita sentiasa perlu bergaul dengan Allah supaya kasih,pengertian dan hubungan itu sentiasa ada dengan berdoa,membaca dan belajar Firman Tuhan serta mengikutiNya..

Pergaulan erat dengan Allah membuat hati kita sentiasa rasa tenang kerana Tuhan dekat dengan kita..Roh kudus yang Tuhan telah janjikan sentiasa berkomunikasi dalam hati kita setiap waktu,membimbing dan berfirman dalam hati kita..Berkat ini sentiasa di rasai apabila kita tetap dekat dengan Tuhan.

Tubuh kita adalah rumah Tuhan dimana FirmanNya tinggal tetap...jadi..? apa kah kita mahu mencemarkan tubuh kita sebagai Rumah Tuhan.?Rumah Tuhan perlu penuh dengan doa dan Firman Allah supaya kita tetap teguh dan kuat di dalam Tuhan.."Kuduslah kamu, sebab Aku kudus"itulah Firman Tuhan..

Kita tidak pernah takut apabila kita sentiasa berkomunikasi dengan Allah kerana Tuhan membimbing kita dengan penuh kuasa..Ini lah sikap yang perlu ada bagi semua jemaat kristian supaya melayani Tuhan dengan berhasil..pelayanan tidak akan berhasil apabila hubungan kita dengan Allah jauh bahkan ini membahayakan iman kita dan lantas itu melemahkan keimanan kita..sebab itu ramai pelayan Tuhan lemah dan tidak kurang dari mereka jatuh di dalam dosa..

Hiduplah sebagai orang kristian yang sentiasa memiliki hubungan yang erat dengan Tuhan..Amen..

0 comments: