Saya mengangkatkan Pujian dan Syukur kepada Tuhan yang kita kenal dalam Tuhan Yesus Kristus kerana melelui pimpinan dan bisikan Roh Kudus saya memberanikan diri menyatakan berkat dan kuasa pelayanan Roh Kudus dalam kehidupan saya.
Sebagai seorang hamba Tuhan yang hanya menumpang di dumia ini,saya bukanlah seorang yang berpendidikan tinggi,ada nama dan kuasa kerana dalam firman Tuhan tiada mengatakan itu adalah syarat untuk melayani Tuhan dan jaminan untuk menjadi sebahagian daripada keluarga dalam kerajaan Surga.Saya hanya memiliki sebuah hati yang amat percaya bahawa jalan keselamatan hanya dalam Tuhan Yesus Kristus..
Saya amat percaya bahawa ramai anak-anak Tuhan yang dahulunya aktif dalam pelayanan dan sekarang semakin jauh bahkan ada yang langsung tidak takut akan Allah..Ada pula yang bertumbuh dan berbuah dalam pelayanan.
Melelui pelayanan blog yang sederhana ini,saya harap dapat membantu gereja kita lebih efektif lagi dalam apa saja bentuk pelayanan.Sekiranya anda melawat blog ini, sama ada anda sudah mengenal atau telahpun menerima Tuhan Yesus sebagai Juruselamat anda,komen dan pertanyaan anda amat saya galakkan.
Tuhan Yesus mengasihi dunia ini dengan kasih yang tidak ternilai harganya.Begitu juga saya membina blog ini hanya dengan satu alasan kerana mengasihi anda didalam nama Allah Bapa,Anak dan Roh Kudus..Amen.
Sunday, October 4, 2009
Pengenalan
Posted by Praise and Worship at 4:33 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment