BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, October 12, 2009

Kesaksianku dari sentuhan Roh Kudus


Shallom..! Saudara saudari yang ku kasihi dalam Tuhan Yesus Kristus..Hari ini saya mahu menyatakan sesuatu berkat dari pelayanan Roh Kudus baru-baru ini dan ini mengerakkan hati saya kembali melayani Tuhan dengan meminta Roh Kudus membimbing saya.

Baru-baru ini lima hari sebelum 27hb sept 2009,saya menerima mesej didalam hati saya dengan satu persoalan yang tidak mampu saya jawab..Pada hari pertama saya tidak mengambil kisah mengenainya kerana ku mengangap ianya perasaan saja..hari demi hari,waktu demi waktu,mesej itu sentiasa membakar hati saya sehingga saya menyatakan persoalan itu di internet..Ia adalah satu soalan yang amat berkuasa tak mampu ku berikan jawaban..Tahukah saudaraku apa pertanyaan itu??Ini pertanyaanNya:

BERAPAKAH JIWA YANG ANDA BAWA PADAKU TAHUN INI??

Persoalan ini telah mempengaruhi perasaanku dengan penuh kesedihan sepanjang waktu itu.Ku amat percaya itu adalah mesej dari Tuhan lewat Roh Kudus namun aku tetap bertahan terhadap kuasa tekanan mesej itu..Tahukah saudara apa yang Roh Kudus lakukan untuk menghibur saya??

Pada pagi 30hb.sept 2009,di hostel 10 minit perjalanan ke tempat kerja saya,sebelum kerja,saya ada hati membuka komputer saya dan memainkan lagu Rohani Live (Hillsong) berjudul "WITH ALL I AM"..Tahukah saudara dengan tiba-tiba air mata saya mengalir..saya menangis bukan bererti saya sedih tapi Roh Kudus membalai hati saya,dan menghibur saya..Saya terpaksa juga melangkahkan kaki ketempat kerja walaupun saya masih menangis,ku cuba mengelak airmata saya di lihat oleh teman kerjaku.Oleh kerana mata sudah merah terpaksa ambil cuti setengah hari..

Ku tetap menangis sehingga sampai di rumah rindu memainkan lagi lagu itu dengan airmata berlinangan dipipi.Saya tidak pernah mendapat sentuhan seperti itu selama ini.Ku amat bersyukur kepada Tuhan kerana menghiburku...

Pada waktu itu banyak mesej dari Roh Kudus dinyatakan padaku lewat keluarga,Gereja,doa-doa dari hamba Tuhan terhadap saya,pelayanan musik yang pernahku tinggalkan,ketika saat pembaptisan dengan janji saya dan semuanya saya amat bersyukur kepada Tuhan kerana Roh Kudus mengingatkan saya semua ini..Puji Tuhan.

Apa yang pernah saya terima dari sentuhan Roh Kudus ini..Ku nyatakan disini dengan harapan saudara saudari juga turut diberkati dengan pimpinan Roh Kudus...Hanya satu yang perlu saya ingatkan..Yesus berkata," AKULAH JALAN KEBENARAN DAN HIDUP,TIDAK ADA SEORANG PUN YANG DATANG KEPADA BAPA KALAU TIDAK MELALUI AKU"Amen!

Sunday, October 4, 2009

Pengenalan

Saya mengangkatkan Pujian dan Syukur kepada Tuhan yang kita kenal dalam Tuhan Yesus Kristus kerana melelui pimpinan dan bisikan Roh Kudus saya memberanikan diri menyatakan berkat dan kuasa pelayanan Roh Kudus dalam kehidupan saya.

Sebagai seorang hamba Tuhan yang hanya menumpang di dumia ini,saya bukanlah seorang yang berpendidikan tinggi,ada nama dan kuasa kerana dalam firman Tuhan tiada mengatakan itu adalah syarat untuk melayani Tuhan dan jaminan untuk menjadi sebahagian daripada keluarga dalam kerajaan Surga.Saya hanya memiliki sebuah hati yang amat percaya bahawa jalan keselamatan hanya dalam Tuhan Yesus Kristus..

Saya amat percaya bahawa ramai anak-anak Tuhan yang dahulunya aktif dalam pelayanan dan sekarang semakin jauh bahkan ada yang langsung tidak takut akan Allah..Ada pula yang bertumbuh dan berbuah dalam pelayanan.

Melelui pelayanan blog yang sederhana ini,saya harap dapat membantu gereja kita lebih efektif lagi dalam apa saja bentuk pelayanan.Sekiranya anda melawat blog ini, sama ada anda sudah mengenal atau telahpun menerima Tuhan Yesus sebagai Juruselamat anda,komen dan pertanyaan anda amat saya galakkan.

Tuhan Yesus mengasihi dunia ini dengan kasih yang tidak ternilai harganya.Begitu juga saya membina blog ini hanya dengan satu alasan kerana mengasihi anda didalam nama Allah Bapa,Anak dan Roh Kudus..Amen.