Yudas iskoriot di dalam Alkitab adalah salah seorang daripada ke dua belas murid Tuhan Yesus yang bersama-sama dengan Dia.Tatakala tiba waktunya iblis merasuki dan mengeraskan hatinya,dia telah menjual Yesus hanya demi beberapa keping perak sehingga Yesus disalibkan dan mati untuk menebus dosa dunia nyata daripada apa yang dinubuatkan dalam Alkitab...
Berdasarkan pengajaran mengenai yudas zaman ini,terlalu ramai jemaat Tuhan yang selama ini giat dalam pelayanan di gereja mahupun diluar gereja memiliki sifat dan sikap seperti Yudas.Contohnya dikalangan pemuda-pemudi yang tidak kurang terjerat dalam pencobaan iblis sehingga mereka menjual keimanan mereka kepada kepercayaan allah-allah lain.Tidak kurang pula yang terjerat dengan cinta yang jahat bahkan melebihi batas-batas kerohanian sehingga memaksa mereka melepaskan kepercayaan didalam Kristus dan mengikuti agama lain..
Kelicikan Iblis seperti singa yang mengaum mencari mangsa dan membahamnya.Jika kita tidak berhati-hati kita akan diterkamnya sehingga iman kita didalam Kristus susah untuk diubati dan mati.Percayalah dan tetaplah berdoa..pasti Tuhan melindungi kita melalui Roh KudusNya yang sentiasa membimbing dan menasihati hati kita..
Wednesday, July 14, 2010
Pelajaran Mengenai Yudas Iskoriot
Posted by Praise and Worship at 11:39 PM 0 comments
Tuesday, March 2, 2010
Terima keselamatan…
“Jangan Terlambat”… Kita perlu bersyukur kerana Tuhan masih memberi kita kesempatan untuk bertobat dan menerima Tuhan yesus sebagai jalan keselamatan.Tapi masa yang Tuhan berikan ini jangan kita Persia-siakan kerana kita tidak tahu,bilakah Tuhan mengambil nyawa kita..Mari kita sama-sama belajar dalam Firman Tuhan mengenai kisah seorang kaya dan seorang miskin bernama Lazarus ( Lukas 16:19-31 )..
Dalam kisah ini,kita dapat belajar kemanakah arah hidup kita selapas mati..Mengikut kisah ini,orang kaya ini terlambat bertobat dan menerima jaminan keselamatan..sehingga setelah mati ia masuk neraka yang amat mengerikan..Manakala lazarus yang begitu miskin,sangsara dan terhina ketika di dunia mendapat tempat istimewa di mata Tuhan..Selagi kita masih hidup didunia ini,sebenarnya adalah kesempatan untuk kita bertobat,menerima jaminan keselamatan,berbuat baik dan menyelamatkan jiwa yang masih terhilang.
Hidup kita di dunia ini hanya sementara dan jaminan keselamatan kekal hanya “One Way”didalam Tuhan Yesus..( Yohanes 14:6, Yohanes 3:16 ).Yesus satu-satunya jalan menuju keselamatan kekal..Tanpa melalui Tuhan Yesus dan menerima Dia sebagai juru selamat peribadi,kita tidak akan masuk syurga..Tuhan Yesus telah menawarkan kasihNya dengan darah demi menebus dosa kita supaya kita tidak binasa,melainkan beroleh hidup yang kekal…
“ SUDAHKAH ANDA MENERIMA YESUS SEBAGAI JURUSELAMAT ANDA???”
“ INGAT!!! JANGAN TERLAMBAT..”
Posted by Praise and Worship at 10:28 PM 0 comments
